Saturday, 24 December 2011

Seronoknya jadi orang kaya!

Sekarang ni, perkataan nilah yang terlintas di fikiran..



KAYA-Apa kayu pengukurnya? Harta berbillion ringgit? Kereta berpuluh2 buah? Rumah yang bertingkat2? Apa ya? Rasanya memang seronok jadi kaya kan? 

Kaya dari pelbagai sudut la: Akhlak, ilmu dan harta juga:)
Seronok jadi kaya..
Nak apa, semua dapat( InshaAllah..)
Seronok jadi kaya..
Boleh dapat banyak pahala( Kalau mendermalah..)

Seronok jadi kaya..

................................
Seronok jadi kaya..:)
................................
Seronok jadi kaya..:)
...............................

*Moga saya dan keluarga dimurahkan rezeki..Amiin

Monday, 19 December 2011

Alahai Jodoh..

Kenapa tiba-tiba keluar post soal jodoh ni? Em mungkin sebab musim orang mendirikan masjid. Musim cuti sekolah. InshaAllah post ni simple je. Cuma kongsi-kongsi apa yang terlintas  di fikiran. Semua orang tahu jodoh itu hal Allah yang rahsia. Cuma akan diberitahu bila tiba masanya. Dan ramailah remaja yang masih single ni berteka-teki,siapa jodoh mereka? Tak kurang juga ada yang berimpian untuk ciri-ciri future wife/husband masing-masing. Sedikit kajian yang dibuat tentang ni, dan inilah hasilnya! 


Bila ditanya tentang ciri-ciri isteri kepada si lelaki:


A: Saya nak isteri yang pandai, nanti boleh bantu saya kerja cari duit lebih, untuk kesenangan bersama la..:) Saya takkan larang isteri kerja.


B: Saya pulak kalau boleh la,nak yang pandai masak. Saya nak makan apa,semua dia boleh masakkan. Jimat duit sikit, disamping eratkan kasih sayang kami. Mak saya pon masak sedap, sebab tu ayah sayang mak..


C: Saya tak kisah sangat soal bakal isteri ni, cumanya yang paling penting dia ada akhlak yang mengagumkan je. Sebab zaman sekarang ni memang susah la nak cari yang betul2 solehah kan, tapi cukuplah yang dapat sejukkan mata saya bila memandangnya, dan yang paling penting ummi ayah saya pon suka dia..hehe


D: Pilihan saya pulak, isteri yang xnak kerja. Dok umah jaga makan minum saya, anak2 dah la. Saya xsuka isteri yang bekerja, susah nanti nak jumpa. sebab masing2 sibuk nanti. Anak2 pon xterurus. Ni pandangan je..


E: Ciri2? saya nak yang kaya la..nanti tak la susah2 saya cari duit untuk dia. At least dia dah ada pendapatan sendiri. Yang tak cukup tu nanti saya tambah2 la.. Yang penting dia ada aset yang banyak je..


*Sama je kalau tanya kepada wanita pon, tapi kebanyakannya nak yang soleh dan boleh membimbing ke jalan agama. Sebab si isteri akan taat pada suaminya. Tapi tak kurang, ada jugak yang bergantung pada rupa paras yang kacak dan yang penting berduitlah! Zaman sekarang yang menuntut kebanyakan wanita memilih lelaki yang kaya.. Jangan salahkan wanita =)


Apa2pun, banyakkan berdoa kepada pemilik rasa cinta, Allah S.W.T. Dia yang berhak menentukan jodoh kita, ajal, rezeki dan segalanya. Jadi yang terbaik, dapat yang terbaik InshaALLAH!!


                                   

Monday, 5 September 2011

SayangilahDiriAnda,WahaiPemimpinMasaDepan.

Seronok tak bila dapat kerja? Mestilah seronok bila dapat menyumbang tenaga di samping boleh dapat sikit duit poket. Macam tu jugak saya, walaupun diberi peluang hanya sehari lebih menjaga kedai milik mak saudara( yang saya panggil mak). Hanya kedai runcit + kedai petrol, yang menjual pelbagai barangan dapur, minuman, topup dan lain-lain.(including rokok). Kenapa jual rokok?? Sebab itulah antara barangan yang LARIS=) 

baru belajar ni..
  
antara jenama yang massyuk!
                                           
Rokok oh rokok! Walaupun harganya agak mahal, tapi masih sanggup dibeli oleh anak-anak muda, termasuk saudara2 terdekat saya. Jenama yang tidak asing bagi peminat setia barang ini: Surya Gudang Garam- sebatang 60sen, Dunhill-sebatang 70sen. 

Tidak perlu disebut soal bahayanya merokok, kerana ianya sudah lapuk dan tidak dipedulikan sama sekali. Soalnya adalah ketagih merokok. Sebab itulah, JANGAN MENCUBA! 


     
        

Pernah saya diberi peluang untuk berpidato dalam bahasa arab, tentang bahayanya merokok ni, sewaktu di tingkatan tiga.Seingat saya tajuknya "Merokok membahayakan kesihatan dan membazirkan wang". Umpama membakar duit sendirilah. Adakah merokok mengenyangkan? Teruskan merokok, jika bermimpi nak jadi seperti insan-insan ini:

      
  
  

Sebenarnya, kita yang menghidu asap rokok berisiko tinggi untuk dapat penyakit yang lebih teruk dari perokok! Em, oleh itu, jauhilah asap rokok=)

THIS IS NOT A JOKE!
    
  
YES!!

Sunday, 4 September 2011

It's all about TIME.

Masa, masa dan masa!

Selalu kedengaran peringatan mengenai masa. Hatta di dalam Al Quran sekalipun, kerana masa sangat sangat penting dan tidak layak untuk disia-siakan. Di negara-negara luar yang sudah maju, seperti Jepun dan Korea,mereka sangat mementingkan penggunaan masa, walaupun sesaat! Jika menghadiri mesyuarat atau apa-apa program, mereka akan tiba lebih awal, sebelum program bermula. IT'S ALL ABOUT TIME



How we spend our time wisely. Bagaimana kita membahagikan setiap detik yang diberi Allah, iaitu 24jam sehari. Bagaimana kita merancang perjalanan waktu-waktu kita, dan sebagainya. Tidak dinafikan, pepatah yang selalu meniti di bibir-bibir orang kita sendiri, orang Melayu,( janji Melayu) memang ada benarnya. Kerana itulah realiti yang sering berlaku pada masyarakat Melayu kini. 

Pernah saya diingatkan tentang 'tiba awal ke tempat sekian-sekian' kerana... kelewatan anda akan menzalimi orang lain, kerana terpaksa menunggu kelewatan, kelalaian anda. Saya sendiri pernah melakukan itu, disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak terjangka di fikiran. Muhasabah untuk diriku menjadi yang lebih baik, much much better than before!. Hopefully=) Lakukan ini kerana ummat Islam, InshaAllah saya akan berubah!

     

Thursday, 25 August 2011

Menjadi Diriku.



Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Kerana diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Wajahku kan memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kelebihanku
Menjadi diriku
Atas kelebihanku

Terimalah aku seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku bukan sempurna

Tetapku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

>> MENJADI DIRIKU-EDCOUSTIC <<

Friday, 12 August 2011

Ahlan Ahlan!



Ayat tentang kewajipan berpuasa


*Tiga tingkatan orang yang berpuasa : 

1. Puasa orang awam.

2. Puasa orang khusus.

3. Puasa orang khusus kepada khusus.    


                                                

* Nama-nama lain bagi Ramadhan :

1. Syahrullah - Bulan Allah
2. Syahrul Quran - Bulan Al-Quran ( kerana pada bulan ini, Al-Quran diturunkan)
3. Syahrul Siyam - Bulan puasa
4. Syahrul Tilawah - Bulan Membaca Al-Quran
5. Syahrul Rahmah - Bulan Rahmat
6. Syahrul Judd - Bulan kemurahan
7. Syahrul Najaah - Bulan kejayaan
8. Syahrul Sabri - Bulan kesabaran

                                

                       

                            
  

Sepadan.




Saling melengkapi seperti puzzle =D
                                
Sepadan, Secocok, Matching!!
Jika difikir-fikir dan direnung kembali, rupanya setiap apa yang sudah terjadi pada diri seseorang itu ada padanannya. Setiap apa yang kita dapat, adalah yang benar-benar bersesuaian dengan diri kita. Sepadan di sini ialah yang melengkapi diri seseorang itu, yakni kontranya. Contohnya sangat banyak. Antaranya: Ibu bapa vs anak, sesama adik-beradik, rakan-rakan, masyarakat sekeliling dan sebagainya yang lain.

Malahan, setiap ujian yang tertimpa pada kita adalah bersesuaian dengan kekuatan dan kemampuan diri kita sebenarnya. Hal ini telah termaktub sekian lama di dalam kitab suci terindah, Al-Quran Al-Karim. "Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan upayanya". Tersenyum saat membaca ayat ini? Hopefully. Saya jadikan ayat ini sebagai penguat semangat tatkala diuji dengan masalah-masalah keduniaan dan kelalaian.

Justeru, saya selalu ingat bahawa apa yang tertakdir buat saya adalah kerana saya adalah saya. Ibu bapa saya begini, kerana saya begini. Adik-adik saya begitu, kerana kakak mereka begitu.. Wallahu a'lam. Sekadar pendapat peribadi penulis. Mungkin ada yang bersetuju dan sebaliknya. Selamat memanfaatkan!

Thursday, 2 June 2011

Seronoknya Pahala Mengalir.

Sedekah=Beramal

Sabda Rasulullah S.A.W  : " Apabila seseorang anak Adam itu meninggal, maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan ibu bapanya". Banyak cara pahala boleh mengalir walaupun kita dah meninggal nanti. Boleh juga dapat pahala melalui orang lain. Dan boleh juga dapat pahala yang sentiasa mengalir inshaAllah, tanpa kita selalu membuat perkara tersebut. Contohnya sangat banyak! 


+ Tolong buang benda tajam di jalanan
+ Sedekahkan buku2 ilmiah kepada pihak masjid, rumah anak yatim atau mana2 pihak
+ Memberi hadiah yang bermanfaat buat si penerima
+ Berkongsi ilmu ( selagi mana digunakan oleh si penerima)
+ Sedekah tenaga, buah fikiran dan wang ringgit
+ Pinjamkan barang2 kita  kepada kawan2
+ Doa seorang anak yang soleh solehah
+ Lain-lain perkara baik yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)


*Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 261
((Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya))



Walaupun tak mampu memberi harta benda, cukuplah sekadar doa, senyuman, tenaga dan buah fikiran sekadar yang mampu. Yang paling sy kena amalkan adalah sabar, kerana "marah itu mudah:sabar itu indah"