Tuesday 26 April 2011

Suatu Yang Pasti!!




Salamun Alaik, Bakal2 Jenazah Sekalian. Kematian adalah Kepastian! Mafhum dari Firman Allah S.W.T : "Setiap Nyawa Pasti akan Merasai Mati". Maka, adalah bijaksana orang2 yang senantiasa memikirkan tentang kematian, yang setiap hari2nya terdetik sedikit di hatinya satu perkataan ini, MATI. Semua orang berhajat kepada pengakhiran yang baik, sepertimana dia dilahirkan.  
Jika apabila dia dilahirkan, orang sekelilingnya menyambutnya dengan wajah yang sangat2 gembira, sangat terharu, begitu juga apabila dia menghembuskan nafas yang terakhir. Hamba2 Allah yang sudah meninggal, biarlah mereka tenang di 'sana', hanya doa pengikat hati, tanda kita masih mengingatinya. Dikhaskan post ini untuk insan2 yang saya sayangi, yang telah pergi disisi Ilahi. InshaAllah, anak2mu, cucu2mu, sahabat2mu, ada di sini menghadiahkan bekalan istimewa buatmu=) Bekalan yang sudah pasti akan membuat kamu tersenyum bahagia, percayalah. Kami di sini sentiasa mendoakan kehidupanmu di sana. Juga tidak lupa kami melafazkan doa buat diri kami :  
" Ya Allah, matikanlah kami dengan pengakhiran yang baik, janganlah Kau matikan kami dengan pengakhiran yang buruk".  
Hanya kita yang tidak tahu bagaimana pengakhiran kita...
++Juga didedikasikan post ini khas buat arwah abah, arwah tokwan, etc etc etc.  ALFATIHAH, Moga sentiasa di dalam Rahmat Allah S.W.T, bertemu di sana..++

Arwah Hj Jusoh @ Yusof Ismail


          
   

Bagaimana Nak Ikhlas?






++Menurut Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam bukunya : Atthoriq ilal llah- anniyah wal ikhlas (Jalan kepada Allah- Niat dan Ikhlas)++

# Takutkan Kemasyhuran - Lebih2 Lagi Jika Mempunyai Jawatan @ Pangkat.
# Beramal Secara Diam2, Jauh Dari Hebahan - Tidak Riya'
# Tidak Memerlukan Pujian dan Tidak Tenggelam oleh Pujian - Berpada-pada
# Tidak Kedekut Pujian Terhadap Orang yang Benar2 Layak Dipuji 
# Berbuat Selayaknya dalam Memimpin - "Jangan engkau meminta jawatan pemimpin, kerana jika engkau memperoleh jawatan itu tanpa meminta, engkau akan mendapat sokongan dan jika engkau menintanya (jawatan), maka semua tanggungjawab akan dibebankan kepadamu"
# Cari Redha Allah, Bukan Redha Manusia - Tidak Mempedulikan Keredhaan Manusia, Jika Disebalik itu ada Kemurkaan Allah Azza Wa Jalla
# Menjadikan Keredhaan dan Kemarahan Kerana Allah, Bukan Kerana Kepentingan Peribadi.
# Sabar Sepanjang Perjalanan.
# Berasa Senang Jika ada yang Bergabung - Berasa Senang Jika ada Seseorang yang Mempunyai Kemampuan, Bergabung dalam Barisan Mereka yang Mahu Beramal untuk Menegakkan Bendera / Ikut Taat dalam Amal.
# Rakus @ Tamak Terhadap Amal yang Bermanfaat.
# Hindari Ujub
# Peringatan agar Membersihkan Diri : Bersihkan Diri dari Pujian dan Sanjungan

>>Sekadar Perkongsian & Peringatan Bersama<<

Nilailah Sendiri!




                      

HIJRAH-Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan. 

MUHARRAM-- Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.   

SAFAR--  Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.  

RABIULAWWAL-- Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah. 

RABIULAKHIR-- Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.  

JAMADIL AWWAL--  Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.    

JAMADIL AKHIR-- Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya. 

REJAB-- Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.  

SYA'ABAN-- Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.    

RAMADHAN--Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat. 

SYAWAL-- Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.  

ZULKAEDAH-- Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.    

ZULHIJJAH-- Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.  

copy-pasted from=http://shuhmy.multiply.com/journal/item/159

Monday 25 April 2011

Tarbiyah vs Ta'lim

Apa perbezaan kedua2nya? membawa maksud pendidikan. tp sudah semestinya ada beza antara 2 2 perkataan ni. sepengetahuan saya,



          
Tarbiyah - pendidikan yang diberi dari hati dan sampai ke hati penerima. disertai dengan follow up dr pemberi, ini merancakkan lagi proses tarbiyah. tarbiyah adalah satu proses yg berterusan.

Ta'lim - pemelajaran ( ejaan yg betul dari Dewan Bahasa & Pustaka) yang hanya berlaku pada satu-satu masa yg tertentu, selalunya tiada follow up selepas itu. 

Tapi kedua2nya tidak dinafikan kebaikannya, cuma yang berbeza hanyalah kualiti ilmu yang bakal diterima oleh pendengar=)
Wallahu a'lam, sekadar pendapat.

Bahagiakanlah Hatimu..


>>Setiap insan berhak mndapat kebahagiaan. plbagai cara diusahakan semata2 untuk bahagia, terpulang pada tuan empunya badan. Kenapa nak bahagia?? macam mana nak dapat perasaan tu? Boleh tanya pada diri sendiri. Pernah terdengar satu pernyataan : "Anda akan bahagia sekiranya orang sekeliling anda bahagia"

Sedikit tips untuk bahagia, gumbira (+_______+);

# Pastikan kita ada 'ayat teras' (semoleknya ayat al-Quran), sebab time sedih2 nilah ayat2 tu akan jadi pengubatnya.

# Tuliskan kesedihan2 kita tu kt dalam kertas, and fikir balik, patut tak kita sedih? kalau xpatut sedih, so xyah la sedih sangat=)

# Cari seseorang yg boleh dibuat kaunselor. sahabat2,teman2 smua pun boleh. Cari yg betul2 boleh mndengar masalah kita, walaupun dia xdapat selesaikan masalah kita. agak susah nak cari a good problem listener

# Baca buku2, artikel2 yg berbentuk motivasi. yang boleh atasi kesedihan kita, tapi sebaik2 kitab penyelesai masalah adalah Al-Quran. cuba praktik ni>> sekiranya ada masalah, bukak Quran kt mana2 page,baca dan in sya Allah kita akan dapat penyelesaian kpd masalah kita ( ada hamba Allah pernah bgtahu).'you are what you read'

# Last but not least, cuba cari penyelesaian sendiri. bergantung pada diri sendiri.



           

Peringatan buat Noor Izzah, senyum pada masalah! Allah sentiasa bersama. Wallahu a'lam, sekadar pendapat.