Wednesday 18 May 2011

Ukhuwwah Itu Bersaudara.

 

Bingkisan rinduku buat sahabat2..
 
Bahagianya....
 


Sahabat/kawan/teman tapi mesra??


Persahabatan tak lengkap tanpa perselisihan faham, dugaan dalam bersahabat.

Be the best listener!

                                                         

Kau Aku Bersaudara

Tiga peringkat ukhuwwah :

i. Iithar : Melebihkan sahabat dari diri sendiri.
ii. Musaawah : Apa yang kita ada, sahabat pun akan ada.
iii. Salamatus-sadr : Berlapang dada, bersangka baik terhadap sahabat.
  


" Ketika nurani telah terpanggil, beban berat apa pun jua akan ringan terasa.
Ketika nurani kembali hidup, tiada derita apa pun jua yang terlalu pedih untuk dirasa dan tatkala nurani dipenuhi dengan cinta yang digabungkan dengan ukhuwwah, di sanalah nilai kebersamaan."

"Ya Allah, sesungguhnya hati ini, diri ini amat merindui sahabatku.Semoga mereka tenang di bawah jagaan-Mu."

Bingkisan rindu untuk sahabat2 Sk Taman Senangan, B'worth.Maktab Mahmud Bandar Baharu, Kedah.SABK Daeratul Maarifil Wataniah, Penang.Pusat Asasi Uiam Nilai.UIAM Gombak.Rakan2,sahabat2,kawan2,teman2,kenalan2. Dan buat bakal sahabat..=)

Konvensyen Mahasiswa KM'11

                        

Sekadar perkongsian kebahagiaan dan beribu kesyukuran..

 1. What Is S.P.I.E.S??
= Spiritual.Physical.Intellectual.Emotional.Social

2. Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS) >> Apa yang diperlukan utk berjaya?? 
i. Heartset, Mindset, Behaviour Change.
ii. Leadership Development
iii. Capability Building

3. Problems Shape Our Character.Ujian tarbiyah dari Ilahi

4. Tiga jenis hati : Hati suci, hati sakit, hati mati.

5. Bagaimana menjadi orang bermagnet??
 i. 5s - senyum, salam semut, sapa, sopan,santun
ii. 5m - membaca, menulis, mengira, memikir, mengamal
iii. meraikan orang sekeliling, be a good listener
iv. make everybody feel appreciated
iiv. sentiasa berlapang dada dan positif

6. Apa yang diberi penekanan dalam buku "Blue Ocean Strategy"( ssuai dgunakan utk sesuatu organisasi)  :
i. Friendship>Ukhuwwah>Persaudaraan
ii. Loyalty>Wala'>Ketaatan
iii. Believing To One Another>Thiqah>Kepercayaan

7. Ciri-ciri Pemuda Pemudi Islam :
i. Berani
ii. Berilmu
iii. Beriman
iv. Berakhlak
iiv. Berpengetahuan Masa Depan

8. Elakkan sebut perkataan2 negatif ni ( Prof Dr Muhaya)>> tapi, susah, penat, tak larat, ada halangan, tak boleh, mustahil la, takut la, tak suka la..

9. Tujuh ciri orang ego : Cepat marah, Suka bersaing, Semua yang dicakap mesti nak betul, Nak sentiasa lebih dari orang laen, Nak sentiasa dapat banyak dari orang laen, Terlalu fikir apa orang akan kata, Pentingkan harta, pangkat.

10. "Saya bukan gagal 10000 kali, tapi saya dah cuba 10000 cara yang belum berjaya"
  



Monday 16 May 2011

Sambutan Hari Ibu Cara Islam.

Selamat menyambut hari ibu bt yang pernah punya ummi/mak/mummy/ibu..etc etc!!
Walaupun post ini dsiapkan pada hari guru, sbnarnya sy nk samakan tugas ibu dgn guru.iaitu mendidik dan mentarbiyah. Memang tak sama, tapi hampir2 serupa=) NILAILAH SENDIRI..
Banyak cara nak sambut hari istimewa ni, tapi dalam Islam, inilah caranya..


1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir. 

2. Sambutan yang baik  adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah  atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah. 

3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah. 

4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat. 

5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman aqidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga. 

6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat, dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul. 

7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak. 

8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka. 

9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini. 

10. Didikan agama yang sempurna  adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya. 

Sumber : http://www.muftiselangor.gov.my/EBook/Download/KertasKerja/12022009/PanduanSambutanHariBapaIbuKekasih12022009.pdf

Selamat Hari Ummi!!
                                                              
                       

Sunday 1 May 2011

Selamat Hari Pekerja!!


Bagi sesiapa yg dah bekerja @ menunggu tawaran bekerja=) moga setiap pkerjaan kita disertai niat yang betul, ada disiplin masa, akhlak dan etika bekerja. pekerja seperti inilah yang Islam mahukan! yang boleh menyumbang sesuatu pada agama. walaupun pkerjaannya tidak secara langsung menyumbang ke arah dakwah. tahniah kerana menjadi pekerja kepada agama! pekerja kepada Islam. macam mana ye? mungkin inilah yang dikatakan "ISLAM BERGERAK" (^_____^) 

Jika jadi pemandu bas/teksi = biarlah yang ada etikanya, yang murah dengan senyuman, murah ucapan terima kasihnya, mesra penumpang, selitkan lagu2 islami ketika memandu.
senyum pada penumpang..


Jika jadi guru/ pendidik = tarbiyah anak bangsa, selitkan unsur2 keislaman ketika mengajar, mesra pelajar, tidak mendenda pelajar ikut emosi.
pendidikan formal bermula di sini


Jika jadi peniaga = biarlah jadi seorang peniaga yg jujur, memelihara waktu solatnya, mesra pelanggan, menjual barang2 yg diperlukan umat Islam, tiada hasad dengki sesama peniaga. 
             

jual makanan yang halal

      Jika jadi doktor = biarlah yang menjaga halal haram ubatan, yang mesra pesakit, yang  menjaga aib dan aurat pesakit, memelihara waktu solat               

doktor yang muslim dan mukmin
                                                                           
   Jika jadi pilot/FA = kapten yang memimpin bacaan doa perjalanan ketika memulakan penerbangan, yang mesra penumpang, yang tidak menghidangkan makanan minuman haram.

fokus
 Jika jadi polis/ tentera = yang sentiasa menyebelahi kebenaran, tidak menerima rasuah, jujur dan tegas menjalankan tugas.

menjaga keamanan negara
       # Tapi apa2pun pkerjaan yang kita ceburi, asalkan tidak bercanggah dgn syariat, boleh bangunkan negara ke arah Islam, boleh sumbangkan ilmu2 yg dah kita belajar..dah okay
Wallahu a'lam.sekadar pendapat.