Sunday 1 May 2011

Selamat Hari Pekerja!!


Bagi sesiapa yg dah bekerja @ menunggu tawaran bekerja=) moga setiap pkerjaan kita disertai niat yang betul, ada disiplin masa, akhlak dan etika bekerja. pekerja seperti inilah yang Islam mahukan! yang boleh menyumbang sesuatu pada agama. walaupun pkerjaannya tidak secara langsung menyumbang ke arah dakwah. tahniah kerana menjadi pekerja kepada agama! pekerja kepada Islam. macam mana ye? mungkin inilah yang dikatakan "ISLAM BERGERAK" (^_____^) 

Jika jadi pemandu bas/teksi = biarlah yang ada etikanya, yang murah dengan senyuman, murah ucapan terima kasihnya, mesra penumpang, selitkan lagu2 islami ketika memandu.
senyum pada penumpang..


Jika jadi guru/ pendidik = tarbiyah anak bangsa, selitkan unsur2 keislaman ketika mengajar, mesra pelajar, tidak mendenda pelajar ikut emosi.
pendidikan formal bermula di sini


Jika jadi peniaga = biarlah jadi seorang peniaga yg jujur, memelihara waktu solatnya, mesra pelanggan, menjual barang2 yg diperlukan umat Islam, tiada hasad dengki sesama peniaga. 
             

jual makanan yang halal

      Jika jadi doktor = biarlah yang menjaga halal haram ubatan, yang mesra pesakit, yang  menjaga aib dan aurat pesakit, memelihara waktu solat               

doktor yang muslim dan mukmin
                                                                           
   Jika jadi pilot/FA = kapten yang memimpin bacaan doa perjalanan ketika memulakan penerbangan, yang mesra penumpang, yang tidak menghidangkan makanan minuman haram.

fokus
 Jika jadi polis/ tentera = yang sentiasa menyebelahi kebenaran, tidak menerima rasuah, jujur dan tegas menjalankan tugas.

menjaga keamanan negara
       # Tapi apa2pun pkerjaan yang kita ceburi, asalkan tidak bercanggah dgn syariat, boleh bangunkan negara ke arah Islam, boleh sumbangkan ilmu2 yg dah kita belajar..dah okay
Wallahu a'lam.sekadar pendapat.                                                                                                           


No comments:

Post a Comment